Rakan-ke-rakan dari sudut pandangan sains komputer Rakan-ke-rakan

Secara teknikal, applikasi rakan-ke-rakan sebenar mesti melaksanakan hanya protokol sesama rakan yang tidak menggunakan konsep "pelayan" atau "pelanggan". Applikasi dan jaringan sebegitu adalah jarang. Kebanyakan applikasi dan jaringan yang digambarkan sebagai rakan-ke-rakan sebenarnya mempunyai atau bergantung kepada elemen bukan-rakan, seperti DNS. Juga, applikasi dunia sebenar sering menggunakan pelbagai protokol dan bertindak sebagai pelanggan, pelayan, dan rakan serentak atau dalam tempoh masa tertentu. Jaringan tersebar rakan sepenuhnya talah digunakan untuk beberapa tahun, dua contoh termasuk USENET (1979) dan FidoNet (1984).

Sun menambahkan objek kepada bahasa Java untuk mempercepatkan pembangunan applikasi rakan-ke-rakan dengan cepat pada akhir tahun 1990an agar pembangun perisian boleh membina applet sembang waktu sebenar tersebar dan applikasi sebelum jaringan Pesanan Segera "Instant Messaging" menjadi popular. Usaha ini sekarang diteruskan dengan projek JXTA.

Sistem dan applikasi rakan-ke-rakan telah menarik perhatian penyelidik sains komputer; sesetengah projek penyelidik terkemuka termasuk perkhidmatan cari Chord "Chord lookup service", ARPANET, kemudahan storan PAST, dan sistem penyebaran kandungan CoopNet "CoopNet content distribution system" (lihat di bawah untuk pautan luar kepada projek berkenaan).